Skip to main content

Tenis

Terbuka Mallorca: Tsitsipas menang gelaran pertama di gelanggang rumput

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stefanos-tsitsipas.jpg
Stefanos Tsitsipas memenangi gelaran pertamanya di gelanggang rumput selepas menewaskan Roberto Bautista Agut dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Mallorca malam tadi.

Beraksi dalam final keempatnya sepanjang 2022, peluang Tsisipas untuk bergelar juara mula kelihatan sebaik dia mematahkan servis lawan untuk mendahului 3-1 dalam set penentuan.

Dia kemudian mengatasi kebangkitan yang cuba dilakukan Bautista Agut untuk mengesahkan kemenangan 5-4, 3-6, 7-6.

Kemenangan itu juga memastikan Tistsipas memperoleh kejuaraan keduanya sepanjang tahun ini selepas mengungguli saingan di Monte Carlo pada Mei lalu.

Tsitsipas perlu berharap memontum di atas gelanggang rumput itu akan kekal menjelang Kejohanan Wimbledon minggu depan.

Dia akan memulakan saingan pusingan pertama dengan berdepan Alexander Ritdschard di All England kelab pada Rabu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video