Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Malaysia: Fu Kang raih perak dalam acara 100m kuak dada

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

4517wongfukang_1.jpg
Perenang negara, Wong Fu Kang, gagal memperbaharui rekod kebangsaan miliknya apabila mencatat 1 minit 3.9s untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam acara 100m kuak dada lelaki dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka, hari ini.  

Fu Kang, yang menjadi sandaran pingat emas dalam Sukan SEA, Ogos nanti, bermula baik dalam acara itu tetapi mendapat tentangan hebat daripada perenang Thailand, Radomyos Matjiur. 

Perenang berusia 17 tahun berkenaan -- yang memegang rekod terbaik 1m 2.56s -- cuba memintas, bagaimanapun, belum cukup untuk menyaingi kehebatan pemenang emas Sukan SEA 2013 itu.

Radomyos, yang juga pemegang rekod kebangsaan Thailand dalam acara 100m kuak dada, mencatat masa 1m 3.40s untuk meraih pingat emas dan Fu Kang yang ketinggalan 0.50s terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Kejohanan kali ini menjadi platform terbaik untuk perenang negara memperbaiki catatan bagi menghadapi Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.

Advertisement

Must Watch Video