Skip to main content

Tenis

Terbuka Madrid: Swiatek mudah ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek.jpg
Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, melangkah ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Terbuka Madrid selepas mencatatkan kemenangan set langsung ke atas Bernarda Pera awal pagi tadi.

Juara grand slam tiga kali itu melepaskan mata break dalam game ketiga set pertama tetapi memberikan respons dengan cukup gemilang untuk mencatatkan kemenangan 6-3, 6-2 selepas bertarung selama 76 minit.

Swiatek tidak berdepan mata break kedua dalam perlawanan itu selepas dia mula mempamerkan ketenangan untuk meneruskan persiapan ke Terbuka Prancis dengan satu lagi kemenangan besar.

Dalam temu bual atas gelanggang selepas perlawanan itu, Swiatek berkata: "Saya tidak katakan ia satu perlawanan mudah. Setiap perlawanan di sini mencabar.

"Saya gembira mendapatkan kembali rentak saya. Bermain menentang pemain kidal tidak pernah mudah tetapi saya agak gembira dengannya. Saya amat berdisiplin dan fokus," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video