Skip to main content

Tenis

Terbuka Madrid: Raducanu jadi mangsa ketiga kejutan Kalinina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kalinina__1.jpg
Emma Raducanu menjadi juara kejohanan utama ketiga disingkirkan Anhelina Kalinina untuk pemain Ukraine itu layak ke suku akhir WTA 1000 buat kali pertama dalam Kejohanan Tenis Terbuka Madrid awal pagi tadi.

Pemain pilihan kesembilan, Raducanu, merupakan nama terbesar yang turun beraksi malam tadi dan dia berharap dapat menghasilkan tiga kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak mencipta kejutan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, Kalinina, yang turut menyingkirkan Sloane Stephens dan Garbine Muguruza dalam dua perlawanan sebelumnya, mempamerkan aksi lebih baik untuk mengatasi pemain Britain itu dengan kemenangan 6-2, 2-6, 6-4.

Dia seterusnya akan berdepan Jil Teichmann, yang mengatasi Elena Rybakina 6-3, 6-1, bagi penentuan ke separuh akhir.

 

Advertisement

Must Watch Video