WTA
Terbuka Madrid: Kenin tersingkir selepas hanya 58 minit beraksi
Sofia Kenin tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka Madrid apabila tewas kepada Maryna Zavenska selepas hanya 58 minit beraksi dalam perlawanan pusingan pertama itu awal pagi tadi.
Juara Terbuka Australia 2020 dan bekas pemain nombor empat dunia itu sudah mula mendapatkan prestasi terbaiknya tahun ini selepas perkembangan kariernya terbantut berikutan masalah kecederaan berulang yang dialaminya sejak muncuk juara di Melbourne.
Dia layak ke pusingan ketiga Terbuka Miami pada Mac lalu tetapi kali ini, Kenin jelas bergelut untuk mengatasi lawan dari Belgium berkenaan di atas gelanggang tanah liat sebelum tewas 0-6, 3-6.
Iklan
Rakan senegara Kenin dari Amerika Syarikat, Katie Volynets, pula tewas kepada pemain remaja Republik Czech, Linda Fruhvirtova, manakala Lauren Davis disingkirkan Sorana Cirstea dalam aksi tiga set dan Claire Liu tewas secara set langsung kepada Yulia Putintseva.
Must-Watch Video