Skip to main content

Tenis

Terbuka Madrid: Djokovic, Murray bertemu dalam pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

djokovic-and-murray.jpg
Novak Djokovic akan bertemu Andy Murray dalam pusingan 16 Kejohanan Tenis Terbuka Madrid selepas mudah mengatasi Gael Monfils manakala Murray pula mengatasi Denis Shapovalov awal pagi tadi.

Juara 20 kejohanan grand slam itu tidak berdepan masalah untuk merakamkan kemenangan 6-3, 6-2 di ibu kota Sepanyol berkenaan, sekali gus melebarkan rekod selaku pemain di ranking tertinggi ATP buat minggu ke-369 dan akan bertemu seteru lamanya, Murray.

Djokovic akan bertemu Murray buat kali ke-37 dan ia juga kali pertama kedua-dua pemain itu dipertemukan sejak Terbuka Qatar 2017 selepas juara grand slam tiga kali itu mengatasi Shapovalov 6-1, 3-6, 6-2.

Mereka pernah bertemu dalam empat final grand slam sebelum ini dan Djokovic mendahului rekod pertemuan dengan 25-11 selain memenangi dua pertemuan dalam Terbuka Madrid -- salah satunya adalah pertemuan pertemuan pertama mereka pada 2006.
 
 

Advertisement

Must Watch Video