Terbuka Madrid: Cameron Norrie tersingkir di tangan Zhang Zhizhen

Muzaffar Musa
Mei 2, 2023 09:12 MYT
Cameron Norrie tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka Madrid walaupun tidak berdepan sebarang mata break menentang pemain China, Zhang Zhizhen, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk melangkah ke pusingan keempat awal pagi tadi.
Pemain nombor satu Britain, yang juga pemain pilihan ke-11 kejohanan di ibu kota Sepanyol itu, kelihatan akan mudah meneruskan kemaraan selepas memenangi empat game berturut-turut untuk mengungguli set pertama 6-2 dan aksi dalam set kedua juga pada awalnya kelihatan memihaknya.
Bagaimanapun, pemin kidal itu melepaskan lima peluang mata break dan lawannya, yang berada di ranking ke-99 dunia, bangkit untuk mencatatkan kemenangan 2-6, 7-6, 7-6 selepas bertarung selama dua jam dan sembilan minit.
Zhang seterusnya akan berdepan pemain pilihan kelapan, Taylor Fritz, dalam penampilan pusingan 16 pertamanya bagi kejohanan kategori Masters 1000.

Doing the impossible ✨ Zhizhen Zhang continues his impressive form with a 2-6 7-6 7-6 victory over Cameron Norrie, reaching the last 16 of a Masters 1000 for the first time!@MutuaMadridOpen | #MMOPEN pic.twitter.com/omLfvDjHge

— ATP Tour (@atptour) May 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Cameron Norrie #Tenis Terbuka Madrid #Zhang Zhizhen
;