WTA

Terbuka Madrid: Badosa singkir Gauff, Andreeva teruskan kemaraan pada hari lahir

Stadium Astro
Muzaffar Musa
30/04/2023
03:28 MYT
Sponsor Banner
Terbuka Madrid: Badosa singkir Gauff, Andreeva teruskan kemaraan pada hari lahir
Pemain pilihan keenam, Coco Gauff, terkandas dalam pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Madrid di tangan Paula Badosa awal pagi tetapi Mirra Andreeva meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-16 dengan menempah pertemuan bertemu Aryna Sabalenka dalam pusingan seterusnya.
Badosa -- pemain Sepanyol dengan ranking tertinggi dalam acara wanita -- hanya memerlukan 71 minit untuk mencatatkan kemenangan 6-3, 6-0 ke atas naib juara Rolland Garros musim lalu itu dengan memanfaatkan sokongan padu penyokong sendiri di Stadium Manolo Santana.
Badosa mempamerkan aksi kompetitif sejak awal pertarungan di atas gelanggang tanah liat itu, di mana dia memperoleh mata break dalam kesemua lima perlawanan pertama, sebelum pemain berusia 25 tahun berkenaan memaksa Gauff melakukan siri kesilapan untuk memenangi set pembukaan berkenaan.
Aksi dalam set kedua lebih mudah buat Badosa apabila Gauff terus melakukan kesilapan demi kesilapan untuk tewas lapan game berturut-turut, sekali gus gagal ke pusingan 16. Gauff bukanlah satu-satunya pemain pilihan yang disingkirkan awal pagi tadi, bahkan perjuangan Carolina Garcia turut ditamatkan pemain Mesir, Mayar Sherif, selepas tewas 6-7, 3-6.
Beraksi pada hari lahirnya yang ke-16, pemain dengan tiket peluang khas, Andreeva, meneruskan kemaraan dengan cukup bergaya selepas menewaskan wakil Poland, Magda Linette, 6-3, 6-3, sekali gus meneruskan kecemerlangannya selepas pemain Russia itu turut menyingkirkan Leylah Fernandez dan Beatriz Haddad Maia sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video