Simona Halep bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain pilihan kelima, Jesicca Pegula, 2-6, 6-3, 6-4 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Kanada awal pagi tadi, sekali gus akan bertemu Beatriz Haddad Maia dalam penentuan gelaran.
Pemain Romania itu, yang merupakan pilihan ke-15 kejohanan, bergelut untuk mematahkan servis Pegula sepanjang set pertama, di mana dia hanya memenangi 32 peratus (sembilan daripada 28) mata daripada pukulan balas berkenaan selain turut berdepan foul berganda pada awal permainan.
Sama ada prestasi Pegula merudum atau Halep mula menemui sentuhannya, bekas pemain nombor satu dunia itu mula memanfaatkan pukulan balas sewaktu lawan dari Amerika Syarikat itu memegang servis dengan memperoleh 55 peratus (12 daripada 22) mata daripada pukulan balasnya dalam set kedua dan 57 peratus (20 daripada 35) dalam set penentuan.
Halep kini memenangi 11 daripada 13 perlawanan terakhirnya dan kemenangan ke atas Pegula itu pula merupakan yang ketiga berturut-turut ke atas pemain di atas ranking ke-25 dunia selepas menewaskan Jil Teichmann (pemain nombor 21 dunia) dan Coco Gauff (nombor 13 dunia) secara set langsung.
Ketika Halep akan beraksi dalam final Kejohanan WTA 1000 buat kali ke-18, Haddad Maia pula mara buat kali pertama selepas menewaskan pemain pilihan ke-14, Karolina Pliskova 6-4, 7-9.

VAMOS BIA ⚡️
— wta (@WTA) August 14, 2022
?? Haddad Maia passes the Pliskova test, 6-4, 7-6(7) to reach her first WTA 1000 final!#NBO22 pic.twitter.com/KvJk6nyxO9