Skip to main content

Tenis

Terbuka Kanada: Monfils bukti masih ada sentuhan singkir Tsitsipas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gael-monfils.jpg
Pemain veteran, Gael Monfils, mengejutkan Stefanos Tsitsipas untuk layak ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Kanada di Toronto awal pagi tadi.

Bekas pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia itu bergelut dengan kecederaan sepanjang beberapa tahun lalu sehingga ranking dunianya jatuh ke tangga ke-276.

Bagaimanapun, Monfils membuktikan bahawa dia masih memiliki sentuhan pemusnah untuk menumbangkan pemain pilihan keempat, Tsitsipas, 6-4, 6-3.

Pemain Greece, Tsitsipas, yang memenangi gelaran di Mexico hujung minggu lalu, melakukan terlalu banyak kesilapan, terutama ketika melakukan pukulan terus, sekali gus membenarkan kemenangan Monfils, yang akan berusia 37 tahun bulan depan.
 

Advertisement

Must Watch Video