Skip to main content

Tenis

Terbuka Kanada: Halep atasi Haddad Maia dalam final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

simona-halep.jpg
Simone Halep memastikan kemenangan ke atas Beatriz Haddad Maia dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Kanada awal pagi tadi walaupun berdepan cabaran paling sukar sepanjang kejohanan itu.

Pemain Romania itu mencatatkan kemenangan 6-3, 2-6, 6-3, di mana dia hanya melepaskan dua set sepanjang kejohanan berkenaan dan mempamerkan aksi kukuh sepanjang penentuan gelaran selama lebih dua jam.

Semifinalis Kejohanan Wimbledon itu membuktikan dia lebih baik daripada lawan dari Brazil berkenaan untuk memenangi gelaran penuh bermakna sejak kali terakhir muncul juara kejohanan di Rome pada 2020.

Ia, bagaimanapun, bukanlah aksi terbaik daripada pemain berusia 30 tahun itu, yang melakukan sembilan foul berganda berbanding Haddad Maia dengan hanya dua tetapi pengalaman yang dimilikinya menutup ruang buat lawan dari Amerika Selatan itu untuk meraih gelaran WTA 1000 pertama sepanjang kariernya.
 
 

Advertisement

Must Watch Video