Skip to main content

Tenis

Terbuka Kanada: De Minaur kejutkan pemain pilihan, Shelton manfaat kecederaan Cobolli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alex-de-minaur-frances-tiafoe.jpg
Alex De Minaur dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pilihan ketujuh, Frances Tiafoe, 6-2, 4-6, 6-4 dalam pertarungan yang mendebarkan di Toronto, awal pagi tadi. 

Kemenangan itu melanjutkan rentak cemerlang pemain Australia itu kepada tujuh perlawanan berturut-turut, hanya seminggu selepas menjuarai Kejohanan di Washington.

Berdepan jadual padat dan tekanan tinggi, pilihan kesembilan itu tetap tenang mengawal permainan untuk mengesahkan slot suku akhir.

Bakal bertemu De Minaur dalam suku akhir ialah Ben Shelton selepas menewaskan Flavio Cobolli dalam aksi sengit di Toronto.

Shelton tampil garang dengan servis padu apabila menang set pertama 6-4 sebelum Cobolli bangkit dalam set kedua.

Namun, drama tercetus apabila pemain Itali itu alami kekejangan otot dan terpaksa mendapatkan rawatan, sekali gus menjejaskan rentaknya.

Sebaliknya, Shelton terus menghukum dengan servis bertenaga, termasuk satu 'ace' dan menamatkan aksi dengan 'tie-break' 7-1 untuk mencatat kemenangan ke-100 dalam karier jelajah ATP.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video