Terbuka Johor Super Series 1: Sadat rangkul emas baling tukul tanpa jurulatih
Saufi Tahir
April 21, 2024 21:11 MYT
April 21, 2024 21:11 MYT
Atlet baling tukul, Sadat Marzuqi Ajisan, berjaya merangkul pingat emas dalam acara tersebut walaupun bermula dengan langkah kiri selepas tiga balingannya dibatalkan dalam saingan Kejohanan Terbuka Johor Super Series 1, hari ini.
Ini berikutan penguduran Gu Yuan sejak sembilan bulan yang lalu dan dia masih menanti jurulatih baru yang akan membantu dirinya untuk meningkatkan lagi potensi yang dimilikinya.
Dalam pada itu, percubaan kelima menjadi balingan terbaiknya dengan mencatatkan 53.03 meter justeru menjadi hadiah kesabarannya yang bertarung dalam saat yang sukar selama ini.
"Bagi saya sepanjang latihan tanpa jurulatih adalah sukar kerana sebagai atlet memerlukan daya tolakan daripada seorang jurulatih.
"Jika tiada jurulatih hanya motivasi yang tinggi sahaja dapat membantu untuk meneruskan latihan." katanya.