ATP
Terbuka AS: Jack Draper wakil British terakhir kekal bersaing atasi pemain tuan rumah
Jack Draper menjadi pemain British terakhir kekal bersaing dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini apabila layak ke pusingan keempat kejohanan grand slam buat kali pertama sepanjang kariernya.
Pemain berusia 24 tahun itu meraih kemenangan 6-4, 6-2, 3-6, 6-3 ke atas wakil tuan rumah, Michael Mmoh, dan akan bertemu pemain pilihan kelapan, Andriy Rublev, dalam pusingan 16 esok.
Ironinya, Draper memiliki igauan ngeri beraksi di Stadium Grandstand, tempat sama di mana dia mengalami kecederaan hamstring sehingga terpaksa menarik diri sewaktu menentang Karen Khachanov tahun lalu.
Iklan
Dia berkata: "Saya memikirkan perkara itu ketika masuk ke gelanggang hari ini. Saya fikir ia betul-betul setahun yang lalu.
"Untuk kembali ke sini setahun kemudian, walaupun ranking saya sedikit jatuh disebabkan kecederaan itu dan tidak memiliki keyakinan yang sama seperti tahun lalu, saya amat-amat berbangga dengan keputusan ini dan berharap ia akan terus kekal sepanjang minggu ini."
He's him.? @jackdraper0 ? pic.twitter.com/BpzadNHdhP— LTA (@the_LTA) September 2, 2023
Must-Watch Video