Novak Djokovic kembali beraksi secara kompetitif dengan meraih kemenangan dalam pusingan kedua Terbuka Itali walaupun terdapat rungutan mengenai keadaan gelanggang yang terjejas berikutan faktor cuaca.
Pada ketika Rafael Nadal masih belum dapat beraksi kerana kecederaan menjelang saingan Terbuka Perancis, Djokovic pula tidak dapat menyertai Terbuka Madrid minggu lalu gara-gara kecederaan siku kanan.
Dia kelihatan masih menggunakan pembalut di sikunya ketika menewaskan pemain Argentina, Tomas Etcheverry, 7-6, 6-2 di Rome awal pagi tadi.
Djokovic, yang takhtanya selaku pemain nombor satu dunia akan diambil alih Carlos Alacaraz pada Isnin ini, ketinggalan dalam set pertama sebelum bangkit memenanginya dan dia tidak menyembunyikan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan gelanggang yang menjejaskan lantunan bola.
Dia berkata kepada Amazon Prime Video: "Saya masih belum berada di tahap yang dimahukan, masih mencari pukulan, masih mencari rentak di atas gelanggang.
"Ia sentiasa mencabar untuk berlawan dengan seseorang buat kali pertama, dia seorang pakar gelanggang tanah liat dan dia bermula dengan lebih baik berbanding saya.
"Set kedua agak baik, terutama ketika tiga atau empat game terakhir.
"Saya gembira dengan cara saya menamatkan perlawanan ini," katanya.
Mengenai permukaan gelanggang, Djokovic menambah: "Bola melantun dengan tidak sekata setiap saat, gelanggang ini tidak berada dalam keadaan yang baik tetapi anda perlu menghadapinya, anda perlu menerima keadaan itu seadanya dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dengannya."

- Nole, can I get an autograph?
— Internazionali BNL d'Italia (@InteBNLdItalia) May 12, 2023
- Sure, what's your name?#IBI23 pic.twitter.com/9JFWQlshUx