Skip to main content

Tenis

Terbuka Itali: Coco Gauff jumpa Iga Swiatek dalam separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coco-gauff.jpg
Coco Gauff berpeluang untuk menundukkan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Itali dengan kemenangan set langsung ke atas Zheng Qinwen awal pagi tadi. 

Pemain berusia 20 tahun itu menyertai kelompok empat terbaik di Rom selepas menang 7-6, 7-4, 6-1.

Gauff hanya berdepan satu mata break sepanjang perlawanan, gagal mengekalkan servis di kedudukan 5-3 apabila pemain pilihan ketujuh, Zheng, cuba melakukan kebangkitan dalam set pertama. Namun, Gauff mengawal 'tie-break' dan tidak lagi menoleh ke belakang.

Gauff kini akan bertemu Swiatek, yang mengalahkan Madison Keys juga dengan set langsung dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video