Carlos Alcaraz meraih kemenangan paling bermakna menerusi penampilan pertamanya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Itali apabila kembali ke tangga teratas keedudukan ranking dunia bagi kategori perseorangan lelaki awal pagi tadi.
Alcaraz meraih kemenangan 6-4, 6-1 ke atas seorang lagi pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas, di Rome tetapi dengan hanya turun ke gelanggang itu sudah cukup untuk menjamin kedudukan nombor satu dunia buat pemain berusia 22 tahun itu dengan merampasnya daripada Novak Djokovic.
"Ia bukan sesuatu yang mudah," katanya dalam laman web rasmi ATP selepas meraih kemenangan ke-12 berturut-turut untuk merekodkan 10-2 musim ini.
"Pusingan pertama dalam setiap kejohanan amat sukar dan sudah pasti Albert, terutama di atas gelanggang tanah liat, benar-benar lawan yang sukar.
"Saya perlu menyesuaikan permainan saya dengan amat segera untuk dapat melaluinya. Keadaannya juga tidak mudah, dengan hujan, menanti sapanjang hari.
"Saya tidak tahu sama ada saya akan bermain tidak tetapi saya benar-benar gembira dengan prestasi saya pada akhirnya," katanya.

HERE.
— ATP Tour (@atptour) May 13, 2023
THERE.
EVERYWHERE!!! @carlosalcaraz | @InteBNLdItalia | #IBI23 pic.twitter.com/zpdgPdASz9