WTA
Terbuka Indian Wells: Swiatek, Raducanu mara ke pusingan keempat
Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, jelas berada dalam kelas berbeza berbanding pemain pilihan ke-32, Bianca Andreescu, apabila meraih kemenangan 6-3, 7-6 dalam perlawanan pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells hari ini.
Swiatek bermula goyah apabila servisnya dalam game pertama dipatahkan dan walaupun dia segera bangkit, kedua-dua pemain itu kemudian mencipta lapan peluang mata break sebelum Swiatek muncul pemain lebih unggul.
Dia seterusnya akan bertemu Emma Raducanu dalam pusingan keempat selepas pemain berusia 20 tahun itu memperoleh kemenangan terbaiknya tahun ini dengan menewaskan pemain pilihan ke-13, Beatriz Haddah Maia, 6-1, 2-6, 6-4.
Iklan
Raducanu, yang merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat 2021, sudah mula melonjakkan kembali kedudukan rankingnya.
Dia tiba dalam kejohanan kali ini dengan berada di ranking ke-77 dunia selepas melalui kecederaan jangka panjang musim lalu.
Raducanu kini telah mencatatkan empat kemenangan daripada lima perlawanan terakhirnya, di mana dia hanya tewas kepada pemain nombor enam dunia, Coco Gauff dalam Terbuka Australia.
Driving it home ?No.1 seed @iga_swiatek moves past Andreescu in a tight 6-3, 7-6(1) win!#TennisParadise pic.twitter.com/s9SfGzupLg— wta (@WTA) March 14, 2023
Must-Watch Video