WTA
Terbuka Indian Wells: Swiatek jumpa Rybakina dalam separuh akhir
Pemain pilihan utama, Iga Swiatek, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Sorana Cirstea 6-2, 6-3 dalam suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mematahkan servis pertama lawan bukan pilihan dari Romania itu dan walaupun Cirstea cuba memberikan respons, Swiatek jelas berada dalam kelas sendiri untuk memenangi empat game terakhir set pembukaan.
Jaguh Poland berusia 21 tahun itu meneruskan kecemerlangannya dalam set kedua untuk memenangi lapan game berturut-turut untuk mendahului 4-0 sebelum menamatkan saingan berkenaan dalam masa 83 minit.
Iklan
Ia merupakan kali ketiga berturut-turut Swiatek layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir sepanjang tahun ini selepas menjuarai Terbuka Qatar dan mara ke final Kejohanan Tenis Dubai bulan lalu.
Kali terakhir dia gagal ke separuh akhir adalah sewaktu tewas kepada Elena Rybakina dalam pusingan keempat Terbuka Australia pada Januari lalu.
Dia berpeluang untuk menebus kekalahan itu apabila akan bertemu lawan sama dalam separuh akhir kejohanan kali ini.J A Z D A ?@iga_swiatek sprints past Cirstea 6-2, 6-3 and will face Rybakina in the @BNPPARIBASOPEN semifinals! pic.twitter.com/CZtCEwRlES— wta (@WTA) March 16, 2023
Rybakina layak ke separuh akhir selepas bergelut mengatasi Karolina Muchova sebelum mencatatkan kemenangan 7-6, 2-6, 6-4 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Must-Watch Video