Pemain pilihan kelima, Daniil Medvedev, mengatasi kesakitan di buku lalinya untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells dengan menewaskan Alejandro Davidovich Fokina secara set langsung hari ini.
Juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 itu meraih kemenangan 6-3, 7-5 ke atas lawan dari Sepanyol berkenaan selepas bertarung selama sejam 44 minit, sekali gus meraih kemenangan ke-18 berturut-turut.
Medvedev akan bertemu Frances Tiafoe dalam separuh akhir selepas pemain Amerika Syarikat itu menewaskan wakil Britain, Cameroon Norrie, 6-4, 6-4 dalam suku akhir.
Jaguh Russia berkenaan mengalami kecederaan buku lali itu ketika mengatasi Alexander Zverev dalam pusingan 16 kelmarin tetapi memilih untuk meneruskan aksi sebelum menang dalam set penentuan.

18-0(!!!) ?
— ATP Tour (@atptour) March 16, 2023
???? ????? ?????????? (?) @DaniilMedwed sets up a last four showdown with Tiafoe, navigating past Davidovich Fokina 6-3, 7-5! @BNPPARIBASOPEN | #TennisParadise pic.twitter.com/RjvRMkBdLJ