Skip to main content

Tenis

Terbuka Indian Wells: Alcaraz, Sinner tempah pertemuan blokbuster separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

carlos-alcaraz.jpg
Pemain nombor dua dunia, Carlos Alcaraz, layak ke separuh akhir Kejohanan Tenis terbuka Indian Wells selepas menewaskan pemain pilihan ke-11, Felix Felix Auger-Aliassime, 6-4, 6-4 hari ini.

Alcaraz, 19, meneruskan permulaan menakjubkannya bagi tahun 2023 dengan merakamkan 12 kemenangan daripada 13 perlawanan selepas menjuarai Terbuka Argentina dan layak ke final Terbuka Rio.

Bagaimanapun, walaupun membawa status sebagai pemain muda terbaik dalam kejohanan itu, dia turun dengan rekod tanpa kemenangan dalam tiga pertemuan terakhir menentang Auger-Aliassime.

Apa yang membezakan pertemuan kali ini adalah kemampuan Alcaraz untuk mengekalkan bola dalam permainan, di mana dia merekodkan 26 winners dan hanya melakukan lapan unforced error.

Dia kini hanya perlu memenangi satu lagi perlawanan untuk layak ke final Kejohanan Masters 1000 buat kali ketiga sepanjang kariernya selepas melakukannya dalam Terbuka Miami dan Terbuka Madrid tahun lalu.

Menantinya dalam separuh akhir adalah jaguh Itali, Jannik Sinner, yang turut meneruskan kemaraan selepas mengatasi rakan senegara, Taylor Fritz, 6-4, 4-6, 6-4 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Ia akan menjadi pertemuan keenam di antara Alcaraz dan Sinner, di mana pemain remaja Sepanyol itu sedang mendahului 3-2 dalam rekod pertemuan mereka hasil kemenangan terakhirnya dalam Terbuka Amerika Syarikat.
 

Advertisement

Must Watch Video