Skip to main content

Tenis

Terbuka Hamburg: Musetti menang gelaran ATP pertama selepas atasi Alcaraz

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

musetti.jpg
Lorenzo Musetti memenangi gelaran Jelajah ATP pertama sepanjang kariernya selepas menewaskan Carlos Alcaraz dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Eropah Hamburg malam tadi.

Terdahulu, pemain pilihan utama, Alcaraz memastikan dia akan menjadi pemain termuda berada dalam kelompok pemain di ranking lima teratas ATP sejak Rafael Nadal melakukan perkara sama pada 2005 apabila menewaskan Alex Molcan dalam separuh akhir.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun melakukan terlalu banyak kesilapan dalam penentuan gelaran untuk membenarkan Musetti, 20, meraih kemenangan 6-4, 6-7, 6-4.

Alcaraz menerima padah daripada permulaan perlahannya di atas gelanggang tanah liat itu, di mana empat 'unforced error' yang dilakukannya membantu Musetti memperoleh mata break seawal game pertama.

Walaupun pemain Sepanyol itu segera bangkit, lawannya memperoleh satu lagi mata break untuk mendahului 4-3 dalam laluannya memenangi set pertama.

Musetti kemudian mempamerkan penguasaan awal dalam set kedua untuk mendahului 2-0 tetapi Alcaraz mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk memperoleh beberapa mata akhir ketika kedudukan terikat 5-5 dan memenangi penentuan 'tie-break' set berkenaan.

Aksi dalam set penentuan berlangsung sengit sehinggalah Musetti mematahkan servis lawannya untuk menang 6-4, di mana pukulan balas Alcaraz terkeluar gelanggang.
 

Advertisement

Must Watch Video