Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Halep tersingkir awal di tangan pemain pusingan kelayakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daria-snigur.jpg
Simona Halep menjadi mangsa kejutan pertama dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas disingkirkan pemain dari pusingan kelayakan, Daria Snigur, dalam aksi pusingan pertama hari ini.

Halep turun ke Flushing Meadows sebagai antara pemain pilihan untuk bergelar juara selepas dia memenangi gelaran Terbuka Kanada baru-baru ini.

Pemenang dua gelaran grand slam itu, bagaimanapun, tersingkir seawal pusingan pertama apabila lawan tidak ternama Ukraine, Snigur, berhasil mencatatkan kemenangan 6-2, 0-6, 6-4 di Stadium Louis Amstrong.

Melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan utama, pemain nombor 124 dunia berusia 20 tahun, Snigur, mempamerkan aksi positif dan memperoleh 12 mata di depan jaring selain lima kali mematahkan servis lawan.

Halep pula melakukan 30 'unforced error' sepanjang perlawanan itu, sekali gus terpaksa menelan hakikat tersingkir awal selepas layak ke separuh akhir kejohanan grand slam di Wimbledon bulan lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video