Skip to main content

Tenis

Terbuka Gijon: Cabaran Murray berakhir dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-murray.jpg
Perjalanan Andy Murray dalam Kejohanan Tenis Terbuka Gijon tamat dalam suku akhir apabila tewas dalam aksi tiga set kepada Sebastian Korda awal pagi tadi.

Murray layak ke suku akhir kejohanan Jelajah ATP buat kali keempat tahun ini selepas menewaskan Pedro Cachin tetapi kali ini, dia tidak dapat menandingi pemain Amerika Syarikat, Korda, di mana bekas pemain nombor satu dunia itu tewas 4-6, 6-1, 1-6.

Korda seterusnya akan bertemu Arthur Rinderknech dalam separuh akhir selepas pemain itu mengejutkan pilihan kedua kejohanan, Pablo Carreno Busta, 4-6, 6-3, 7-6 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Satu lagi aksi separuh akhir pula akan menemukan Dominic Thiem dengan pemain pilihan utama, Andrey Rublev, selepas masing-masing mencatatkan kemenangan set langsung ke atas Francisco Cerundolo dan Tommy Paul.
 

Advertisement

Must Watch Video