Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Geneva: Ruud raih permulaan cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

casperruud_zemjfgjokom01uasgm2f82w87.jpg
Penyandang juara, Casper Ruud, membuat permulaan kemenangan untuk mempertahankan gelaran Terbuka Geneva selepas menewaskan Benoit Paire dalam straight set semalam.

Pemain nombor lapan dunia itu menang di Switzerland 12 bulan lalu dengan kemenangan ke atas Denis Shapovalov di final, merangkul kejuaraan pertama daripada lima gelaran ATP yang dimenanginya semasa kempen yang mengagumkan.

Baru daripada mara ke separuh akhir di Rom, pemain kelahiran Norway itu -- juga pemenang di Buenos Aires dan naib juara Miami musim ini -- membuat permulaan yang dominan.

Walaupun lawan cuba menampilkan corak permainan yang berkualiti, Ruud bertindak balas serta-merta sebelum melengkapkan kemenangan 6-3 6-1 dalam masa 55 minit sahaja.
   

Advertisement

Must Watch Video