Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Geneva: Penampilan semula Medvedev berakhir dengan kekalahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniil-medvedev_1wyozawslhrg61vyccp7hokixo.jpg
Daniil Medvedev tewas dalam penampilannya semula dalam saingan Jelajah ATP di Terbuka Geneva oleh Richard Gasquet, satu tamparan buat wakil Russia itu menjelang Terbuka Perancis.

Pemain nombor dua dunia, Medvedev, membuat penampilan pertamanya sejak Mac selepas menjalani pembedahan hernia dan tewas 6-2, 7-6 (7-5).

Aksi tumpula pemain Russia itu jelas dalam perebutan pusingan 16 terakhir apabila dia melakukan tujuh kesalahan berganda dan bergelut untuk menembusi servis kedua Gasquet.

Ia adalah kali pertama Gasquet mengatasi lawan yang berada di kedudukan dua teratas sejak menewaskan Roger Federer di Monte Carlo Masters 2005.

Seterusnya untuk Gasquet ialah Kamil Majchrzak, yang menewaskan Marco Cecchinato 6-2, 6-3.
   

Advertisement

Must Watch Video