Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Estoril: Thiem dikecewakan Bonzi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dominic-thiem_2wovbeouktv717xhfugi0xjql.jpg
Penantian Dominic Thiem untuk kemenangan pertama kemunculan semula diteruskan selepas dia tewas kepada Benjamin Bonzi dalam saingan Terbuka Estoril.

Thiem hanya bertanding dalam acara peringkat jelajah keduanya pada 2022 selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan Jun lalu, selepas tewas kepada John Millman di Terbuka Serbia minggu lalu.

Juara Terbuka AS 2020 itu tidak dapat mencari jalan untuk menentang Bonzi, yang tidak berdepan break point ketika menang 6-3, 7-6 (11-9).

Bonzi seterusnya akan menentang Sebastian Korda, pilihan kelapan yang menang straight set ke atas Pierre-Hugues Herbert.
 
 

Advertisement

Must Watch Video