Skip to main content

Tenis

Terbuka Delray Beach: Opelka atasi Raonic, Nishioka sebelum bergelar juara

reilly-opelka.jpg
Reilly Opelka mengatasi Milos Raonic dan Yoshihito Nishioka semalam untuk muncul juara Terbuka Delray Beach.

Apabila aksi pada Sabtu terpaksa ditangguh kerana hujan, wakil Amerika Syarikat itu hanya memiliki beberapa jam untuk membuat persiapan menghadapi aksi final selepas menewaskan Raonic dalam perlawanan yang berlangsung lebih dua jam.

Opelka berjaya menampilkan aksi cemerlang dan mengatasi wakil Kanada itu dalam separuh akhir 4-6, 7-6 (8-6), 6-3.

Pemain ke-54 dunia itu kemudian turun dalam perlawanan final berdepan Nishioka.

Selepas memenangi set pertama 7-5, Nishioka bangkit untuk membawa perlawanan ke set penentuan dengan kemengan 7-6 (7-4) dalam set kedua namun Opelka menampilkan aksi berkualiti bagi memastikan kejuaraan menjadi miliknya dengan memenangi set ketiga 6-2.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found