ATP

Terbuka AS: Dan Evans paksa Carlos Alcaraz kerja keras di New York

Muzaffar Musa 03/09/2023 | 04:51 MYT
Dan Evans memaksa pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, untuk mengeluarkan segala keringat yang ada sebelum membenarkan lawan itu mara ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York awal pagi tadi.
Juara bertahan, Alcaraz, perlu mempamerkan mutu permainan terbaiknya di Stadium Arthur Ashe sebelum dapat menewaskan pemain nombor dua British berkenaan.
Kali pertama Evans berdepan pemain terbaik dunia, dia mula mencuri tumpuan apabila menewaskan Novak Djokovic di Monte Carlo tiga tahun lalu.
Dan pemain pilihan ke 26 berkenaan memaksa Alcaraz, 20 -- yang juga merupakan juara Kejohanan Wimbledon musim ini -- bergelut sebelum akur dengan keputusan 6-2, 6-3, 4-6, 6-3.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Grand Slam #Dan Evans #Tenis Terbuka Amerika Syarikat #Carlos Alcaraz
;