Terbuka AS: Coco Gauff bangkit daripada ketinggalan untuk bergelar juara

Muzaffar Musa
September 10, 2023 08:20 MYT
Hari yang dinanti-nantikan Coco Gauff akhirnya tiba apabila dia bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Aryna Sabalenka dan menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York awal pagi tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi remaja Amerika pertama meraih kejayaan di Flushing Meadows sejak Serena Williams melakukan perkara sama pada 1999.
Williams mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tenis dalam kejohanan sama musim lalu, sekali gus meninggalkan satu lompong kosong dalam arena tenis AS.

All the moments led to this! Coco Gauff is a Grand Slam champion! pic.twitter.com/kH3pCgm3RU

— US Open Tennis (@usopen) September 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia kini memperlihatkan bahawa Gauff adalah penerus legasi pemenang 23 gelaran grand slam itu dan mengisi kekosongan berkenaan hanya berselang 12 bulan.
Sabalenka, dalam pada itu, akan bergelar pemain nombor satu dunia esok selepas melewati musim paling konsisten, di mana dia menjuarai Terbuka Australia dan layak ke separuh akhir Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon.
Bagaimanapun, segalanya seakan-akan tidak memihak jaguh Belarus berusia 25 tahun itu dalam perlawanan akhir kali ini, di mana dia membenarkan Gauff untuk bangkit bergelar juara di laman sendiri dengan kemenangan 2-6, 6-3, 6-2.
#Tenis #Grand Slam #Aryna Sabalenka #Coco Gauff #Tenis Terbuka Amerika Syarikat
;