Skip to main content

Tenis

Terbuka Cincinnati: Swiatek, Paolini atur pertemuan semula di pentas final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenis.jpg
Iga Swiatek bakal membuat perhitungan menentang Jasmine Paolini dalam perlawanan final tenis Terbuka Cincinnati.

Juara Wimbledon itu meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim panas ini dengan menewaskan Elena Rybakina 7-5, 6-3 untuk mara ke final kejohanan WTA 1000 buat pertama kali

Rybakina sebelum itu menewaskan pilihan utama Aryna Sabalenka di suku akhir dan mendahului 5-3 dalam set pembukaan, namun Swiatek bangkit dengan meraih empat permainan berturut-turut sebelum mengekalkan kelebihan awalnya pada set kedua.

Sementara itu, Paolini mengatur pertemuan semula dengan Swiatek — ulangan final Terbuka Perancis tahun lalu — selepas menewaskan pemain Rusia, Veronika Kudermetova, 6-3, 6-7, 6-3.

Paolini sebenarnya berpeluang menamatkan perlawanan pada set kedua ketika sedang melakukan servis untuk kemenangan, tetapi kelebihannya terlepas begitu sahaja. Namun, Paolini akhirnya menamatkan perlawanan tersebut, dibantu dengan kesilapan 'unforced error' Kudermetova yang mencecah 75 kali.
Tennis Racket

Setiap Pukulan Lebih Yakin

Raket tenis ringan & seimbang untuk kawalan tepat dan kuasa maksimum di gelanggang.


Level Up Game Anda

Advertisement

Must Watch Video