Pilihan pertama kejohanan Jannik Sinner tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke suku akhir Tenis Terbuka Cincinnati ketika berdepan dengan pemain Perancis, Adrian Mannarino dalam aksi pusingan 16 terbaik.
Sinner bagaimanapun tidaklah diberi laluan yang mudah selepas Mannarino mempamerkan pukulan kemas terutamanya ketika memasuki aksi permainan di set kedua.
Menang dengan 6-4 di set pertama Sinner bagaimanapun berdepan tentangan sengit sebaik Mannarino melakukan kebangkitan di set berikutnya untuk mengikat kedudukan hingga memaksa aksi ke tie break.
Namun Sinner tenang memastikan laluanya ke suku akhir apabila menang dengan 7-6 (6-4) di set tersebut.
Laluan Sinner untuk ke separuh akhir dijangka tidak perlu berdepan banyak masalah apabila dia dijadualkan menentang pemain bukan pilihan dari Kanada Felix Auger Alliassime di suku akhir nanti.