Skip to main content

Tenis

Terbuka Cincinnati: Alcaraz bakal berdepan Rublev di suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luca-nardi-carlos-alcaraz_1310604photogallery.jpg
Carlos Alcaraz yang juga merupakan pilihan kedua di kejohanan Tenis Cincinnati 2025 mengiringi kemaraan Jannik Sinner untuk melangkah ke suku akhir kejohanan tersebut selepas mencatat kemenangan mudah ke atas pemain Itali, Luca Nardi.

Dalam aksi yang hanya menelan masa 1 jam 20 minit itu, Alcaraz mencatatkan 2 'Aces' dengan dibantu kesilapan Nardi yang merekodkan 8 'double faults', memudahkan lagi laluan beliau.

Menang dengan 6-1 di set pertama, Alcaraz berdepan dengan hanya sedikit tentangan di set kedua namun berjaya menokhtahkan sisa-sisa cabaran Nardi dengan kemenangan 6-4.




 
Alcaraz bagaimanapun bakal berdepan dengan cabaran pilihan ke-9 kejohanan, Andre Rublev di suku akhir nanti selepas pemain dari Rusia itu turut melepasi halangan pusingan 16 terbaik dengan menewaskan pemain Argentina, Francisco Comesana dengan 6-2 dan 3-6.

Advertisement

Must Watch Video