SUKAN LAIN
Terbuka Charleston: Putintseva bangkit singkir Svitolina di pusingan pertama
Perlawanan pertama bekas pemain nombor tiga dunia, Elina Svitolina, dalam Jelajah WTA sejak berehat hampir 12 bulan berakhir dengan kekalahan kepada Yulia Putintseva aksi pusingan pertama Terbuka Charleston semalam.
Svitolina, 28, telah berehat daripada aksi jelajah kerana masalah kecederaan dan kehamilan, namun kembali beraksi buat kali pertama sejak melahirkan anak perempuannya dan pemain tenis lelaki Gael Monfils, Skai pada Oktober.
Wakil Ukraine itu, yang mara ke separuh akhir Wimbledon dan Terbuka AS pada 2019, memenangi set pertama selepas ketinggalan 3-1.
Iklan
Namun pemain Kazakhstan di rangking ke-47 dunia itu bangkit untuk menang 6-7 (3-7), 6-2, 6-4 dalam pertembungan yang berlarutan selama dua jam dan 48 minit.
Two hours and 45 minutes ⏰@PutintsevaYulia defeats Svitolina 6-7(3) , 6-2, 6-4 in Charleston.#CharlestonOpen pic.twitter.com/I2Of55fhts— wta (@WTA) April 3, 2023
Must-Watch Video