Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Charleston: Pegula bangkit atasi Kenin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jessica-2.jpg
Pemain nombor empat dunia, Jessica Pegula, bangkit bergaya apabila menakluk Terbuka Charleston untuk meraih gelaran tanah liat pertamanya.

Menewaskan rakan senegara, Sofia Kenin, 6-3, 7-5, ini merupakan final sesama pemain Amerika pertama di kejohanan itu sejak tahun 1990!

Bgaimanapun, selepas mendominasi set pertama, Pegula hampir dikejutkan apabila Kenin mendahului 5-1 di set kedua.

Namun, Pegula tidak mengalah, dia menyelamatkan tiga mata set, dan memenangi enam permainan berturut-turut untuk menamatkan perlawanan dengan penuh bergaya.

Lebih mengagumkan, kemenangan ini hadir hanya seminggu selepas tewas di final Terbuka Miami kepada Aryna Sabalenka, dan menjadi gelaran kelapannya dalam karier serta yang kedua tahun ini!

Advertisement

Must Watch Video