WTA

Terbuka Charleston: Jabeur raih gelaran pertama musim ini atasi Bencic

Muzaffar Musa 09/04/2023 | 23:24 MYT
Pemain nombor lima dunia, Ons Jabeur, meraih gelaran pertamanya musim ini apabila menewaskan Belinda Bencic dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Charleston hari ini.
Jabeur, 28, menikmati kempen terbaiknya tahun lalu, di mana dia layak ke final Kejohanan Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi dia kemudian terpaksa berehat menjelang Terbuka Australia tahun ini gara-gara kecederaan lutut.
Pemain Tunisia itu kemudian kembali beraksi tetapi tersingkir dalam pusingan awal Terbuka Indian Wells dan Terbika Miami, bermakna dia turun beraksi di Charleston tanpa sebarang kemenangan berturut-turut sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, dia kelihatan sudah kembali mendapatkan sentuhan terbaiknya untuk memenangi gelaran WTA 500 itu tanpa melepaskan sebarang set sepanjang kejohanan berkenaan.
Dalam laluannya ke final, Jabeur menewaskan Lesia Tsurenko, Caroline Dolehide, Anna Kalinskaya dan Daria Kasatkina secara set langsung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belinda Bencic #WTA #Tenis #Ons Jabeur #Tenis Terbuka Charleston
;