Terbuka AS: Casper Ruud atasi Karen Khachanov untuk ke final

Muzaffar Musa
September 10, 2022 10:28 MYT
Casper Ruud akan melakukan penampilan kedua dalam final kejohanan Grand Slam sepanjang tahun ini selepas menewaskan Karen Khachanov 7-6, 6-2, 5-7, 6-2 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Pemain Norway itu, yang tewas kepada Rafael Nadal dalam final Terbuka Perancis awal tahun ini, akan memperoleh peluang keduanya untuk menamatkan penantian gelaran Grand Slam dalam aksi final Terbuka AS, Isnin ini.
Ruud dijangka akan memintas Rafael Nadal di kedudukan ranking nombor satu dunia selepas tamat kejohanan itu melainkan tewas kepada pemain berusia 19 tahun, Carlos Alcaraz, dalam final.
"Ia satu lagi perlawanan yang hebat buat diri saya. Saya fikir kami berdua agak gugup pada permulaannya. Perlawanan ini mungkin yang terbesar sepanjang karier kami," kata Ruud selepas perlawanan itu.
#ATP #Tenis #Tenis Terbuka Amerika Syarikat
;