Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Australia: Tonton video Youtube bantu Nadal mara ke pusingan ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafael-nadal.jpg
Rafael Nadal berjaya mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia semalam, hasil bantuan daripada video di YouTube.

Pemain kelahiran Sepanyol itu kelihatan cemerlang ketika mengatasi Michael Mmoh 6-1, 6-4, 6-2 di Melbourne Park.

Selepas melangkah ke saingan utama menerusi sesi kelayakan, Mmoh bangkit mengejutkan Viktor Troicki dalam pusingan pembukaan, namun tidak kelihatan sebagai ancaman untuk mengatasi juara 2009 itu, yang bakal berdepan Cameron Norrie seterusnya.
 

Dalam kemenangannya ke atas pemain ke-177 dunia itu, Nadal mendedahkan telah menyelidik kemampuan lawannya itu di Youtube, dengan berkata, "Saya sentiasa menghormati setiap pemain lawan saya. Sebelum bertemu Mmoh, saya menonton aksinya beraksi di YouTube, bagi mengenali sedikit sebanyak mengenai permainannya," kata Nadal.

"Setiap hari ketika anda pergi ke gelanggang, apa sahaja boleh berlaku -- anda boleh menang, anda boleh kalah. Anda perlu bersedia menerima kedua-dua perkara itu."

Advertisement

Must Watch Video