TENIS

Terbuka Australia: Tersingkir, Sharapova enggan jawab soalan wartawan

Penulis Jemputan 20/01/2019 | 08:35 MYT
Maria Sharapova menepis beberapa soalan dalam sidang media yang dingin selepas dia tersingkir daripada saingan Terbuka Australia.
Ia merupakan hari yang perlu dilupakan oleh juara 2008, Sharapova, yang gagal untuk mengatasi wakil tuan rumah, Ash Barty, apabila tewas 4-6, 6-1, 6-4 dalam pusingan keempat di Melbourne Park hari ini.
Sharapova telah dicemuh dan dikritik selepas mengambil masa tujuh minit untuk ke tandas selepas berakhir set kedua.
Juara grand slam lima kali itu diberi teguran terhadap pelanggaran masa sekembali ke gelanggang, keputusan yang diberikan tepukan oleh seluruh penonton di Arena Rod Laver.
Ditanya mengenai reaksi penonton, Sharapova menjawab, "Apa yang anda mahu saya katakan mengenai soalan tersebut?"
Apabila wartawan membalas "perkara yang sebenar", bintang Russia itu kurang berpuas hati.
"Saya berasakan ia merupakan soalan yang bodoh untuk ditanya," kata Sharapova.
Tumpuan beralih buat Sharapova dan impak mencari ubat-ubatan baru untuk merawat keadaan kesihatannya.
Sharapova telah digantung selama 15 bulan selepas diuji positif bagi meldonium, bahan yang diambil oleh bekas pemain nombor satu dunia itu sejak sedekad lalu ekoran masalah kesihatannya dan tidak menyedari ia telah disenaraikan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) sejak permulaan 2016.
Ditanya adakah dia bergelut untuk mengekalkan tahap terbaik beraksi dalam saingan grand slam selepas meldonium dilarang untuk digunakan, Sharapova menjawab, "Ada soalan lain?"
;