Skip to main content

Tenis

Terbuka Australia: Swiatek hanya perlu 54 minit untuk ke pusingan keempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek.jpg
Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, hanya memerlukan 54 minit untuk menewaskan pemain Sepanyol daripada pusingan kelayakan, Cristina Bucsa, untuk mara ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Australia hari ini.

Swiatek hanya melepaskan enam mata dalam pertarungan 22 minit set pertama sebelum melengkapkan dominasinya dengan kemenangan 6-0, 6-1 ke atas lawan berusia 25 tahun berkenaan di Arena Margaret Court.

Pemain pilihan utama itu mencipta suasana riuh di tempat duduk penonton sewaktu dia mendahului 6-0, 5-0 sebelum Bucsa mencuri satu mata sewaktu servis di tangannya bagi mengelakkan kekalahan tanpa sebarang mata.

Dengan kemenangan itu, Swiatek akan berdepan juara Kejohanan Wimbledon 2022, Elena Rybakina, dalam pusingan keempat bagi meneruskan pemburuan gelaran grand slam keempatnya selepas memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video