Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Camila Osorio 6-2, 6-3 dalam perlawanan pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Australia sebentar tadi.
Swiatek, 21, sedang berusaha untuk memenangi gelaran grand slam keempat sepanjang kariernya dan yang pertama dalam Terbuka Australia selepas memenangi dua kejuaraan Terbuka Perancis selain bergelar juara Terbuka Amerika Syarikat musim lalu.
Dalam aksi menentang Osorio kali ini, kemampuan Swiatek untuk melakukan pukulan balas dengan konsisten telah menjadi pemisah dalam perlawanan berkenaan, di mana hanya 31 peratus servis lawan dari Colombia itu berhasil memberikan mata dalam set pembukaan.
Aksi kemas yang dipamerkan Swiatek menyaksikan 80 peratus daripada servisnya membuahkan hasil sambil tiada sebarang faul berganda direkodkan dengan kedua-dua pemain menamatkan saingan dengan lebih winner berbanding 'unforced error'.
Kemenangan itu menyaksikan jaguh Poland berkenaan akan bertemu sama ada Cristina Bucsa atau Bianca Andreescu dalam pusingan ketiga.

53 - Iga Swiatek has won 53 of her first 65 Women's Singles Grand Slam matches - in the Open Era only six players had more such wins after 65 Majors matches. Rush.@WTA_insider @WTA | #AusOpen2023 #AusOpen pic.twitter.com/TPTUmUmERp
— OptaAce (@OptaAce) January 18, 2023