Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, ditunjukkan jalan keluar daripada Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas tewas kepada pemenang Kejohanan Wimbledon, Elena Rybakina, dalam pusingan keempat hari ini.
Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka Perancis itu tidak dapat menandingi kehebatan Rybakina dalam pertemuan kali ini, di mana pemain Kazakhstan itu hanya memerlukan sejam dan 30 minit untuk mencatatkan kemenangan 6-4, 6-4 di Arena Rod Laver.
Rybakina memenangi 80 peratus mata daripada servis pertamanya, termasuk melakukan enam ace sewaktu dia turut mematahkan servis Swiatek sebanyak empat kali sepanjang perlawanan itu.
Penyingkiran Swiatek menyaksikan dua pilihan utama kejohanan itu sudah pun tersingkir selepas Ons Jabeur turut terpaksa mengucapkan selamat tinggal dalam pusingan kedua.
Sebagai rekod, Swiatek tidak pernah melepaskan sebarang set sepanjang kejohanan itu sebelum dia tewas kepada Rybakina dalam set pertama.
Pemain pilihan utama itu juga hanya tewas dua set dalam 10 perlawanan grand slam terakhirnya sejak menjuarai Terbuka AS 2022.
Jika dihitung sejak dia menjuarai Terbuka Perancis 2022, Swiatek hanya tewas lima set daripada 19 perlawanan grand slam terakhir tetapi dia kini terpaksa akur kegagalannya dalam pemburuan kejuaraan pertama Terbuka Australia.

Absolutely stunning ?
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 22, 2023
?? Elena Rybakina • @wwos • @espn • @eurosport • @wowowtennis • #AusOpen • #AO2023 pic.twitter.com/9BNTUaZbSb