Skip to main content

Tenis

Terbuka Australia: Orang akan layan anda seperti robot, kata Swiatek

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek.jpg
Iga Swiatek berasakan orang ramai melayannya seperti "robot yang perlu menang setiap masa" dan terlalu fokus terhadap nombor dan statistik.

Swiatek melalui pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Australia dengan kemenangan 6-4, 7-5 ke atas Jule Niemeier malam tadi, walaupun pada satu ketika dia ketinggalan 3-5 dalam set kedua.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu Camila Osorio dalam pusingan kedua dan mengakui dia terpaksa meningkatkan permainannya sebelum menewaskan Niemeier.

"Saya sedar saya boleh meningkatkan sedikit fokus saya, meningkatkan sedikit keamatan saya, jadi saya melakukannya.

"Tetapi sasaran saya bagi perlawanan seterusnya adalah untuk tidak lagi berada dalam situasi itu dan tidak bermula dengan kekalahan mata break tetapi ia telah berlaku.

"Saya gembira saya dapat bangkit. Ia bukannya saya perlu menukar banyak perkara, saya hanya perlu memiliki lebih keamatan," katanya.
 
Selepas melalui musim yang luar biasa sepanjang 2022, di mana dia menjuarai Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat, Swiatek yang baru berusia 21 tahun menyedari jangkaan terhadap dirinya telah diletakkan terlalu tinggi.

"Sudah pasti, saya rasa seperti kebanyakan orang lebih fokus kepada nombor dan statistik.

"Saya rasa seperti mereka menonton perlawanan tanpa memikirkan kami masih manusia, dan kami perlu benar-benar berjuang untuknya.

"Saya sedar yang saya juga meletakkan jangkaan tinggi terhadap diri saya tetapi saya sedang berusaha untuk melakukannya.

"Perasaannya seperti, adakalanya mereka melayan anda seperti bukan manusia tetapi lebih kepada robot yang perlu menang," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video