Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Tenis

Terbuka Australia: Murray atasi Kokkinakis dalam perlawanan paling lama sepanjang karier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-murray.jpg
Andy Murray seakan-akan tidak percaya dia berjaya bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan pemain tuan rumah, Thanasi Kokkinakis, dalam aksi lima set Kejohanan Tenis Terbuka Australia awal pagi tadi.

Dalam aksi yang bermula pada Khamis tetapi berakhir pada Jumaat di Australia itu, Murray mencatatkan kemenangan 4-6, 6-7, 7-6, 6-3, 7-5 selepas beraksi selama lima jam dan 45 minit, sekali gus menjadi perlawanan kedua terpanjang dalam sejarah kejohanan berkenaan.

Pada waktu yang sudah melepasi 4:00 pagi waktu tempatan, finalis lima kali itu menjadi pemain pertama dalam era terbuka mencatatkan 10 kemenangan dalam perlawanan grand slam selepas tewas dua set pertama.
 
"Saya tidak tahu. Amat sukar untuk percaya bahawa saya dapat melepasi pusingan ini," kata Murray, yang mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia buat kali pertama sejak 2017.

"Thanasi melakukan servis dengan amat luar biasa. Saya tidak tahu bagaimana saya dapat melaluinya. Ya, saya memiliki jiwa yang besar.

"Saya sedar saya tidak kelihatan gembira sewaktu bermain tetapi dalaman saya amat gembira.

"Saya sentiasa gemar untuk bersaing dan sentiasa memperlihatkan emosi saya ketika bermain. Saya banyak dikritik kerana itu sepanjang beberapa tahun ini tetapi itulah diri saya," katanya.

Satu-satunya perlawanan yang memakan masa lebih panjang dalam sejarah Terbuka Australia adalah ketika Novak Djokovic bertemu Rafael Nadal dalam final pada 2012 (lima jam dan 53 minit).
 

Advertisement

Must Watch Video