Madison Keys melangkah ke separuh akhir grand slam pertamanya sejak 2018 selepas melakar kemenangan set langsung ke atas Barbora Krejcikova dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia di Melbourne hari ini.
Keys mengatasi pemain pilihan keempat daripada Republik Czech itu dengan keputusan 6-3, 6-2 di bawah cuaca panas di Arena Rod Laver.
Selepas menamatkan aksi selama 50 minit dalam set pertama, Keys mula menyesuaikan diri dengan cuaca panas itu dan ternyata lebih layak untuk meneruskan kemaraan.
Kemenangan itu membolehkan Keys melangkah ke separuh akhir kejohanan utama buat kali pertama sejak melakukannya dalam Terbuka Amerika Syarikat pada 2018 -- yang kelima sepanjang kariernya.
Menantinya di peringkat berikutnya adalah pemenang pertemuan di antara Ash barty dan Jesica Pegula.

Laser focus ?@Madison_Keys takes the first set over Barbora Krejcikova in 50 minutes, 6-3. #AusOpen · #AO2022 pic.twitter.com/CoiVKMDKUq
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 25, 2022