Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Australia: Juara dua kali Naomi Osaka tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

naomi-osaka_1eg5nx4e6eqvc1lqmkqti3diwf.jpg
Juara grand slam empat kali, Naomi Osaka, telah menarik diri daripada Terbuka Australia 2023.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan juara dua kali Terbuka Australia (2019 dam 2021), namun penganjur kejohanan mengesahkan semalam bahawa dia tidak akan tersenarai bagi grand slam pertama musim 2023.

Tiada alasan yang diberikan atas untuk keputusan yang dilakukan Osaka, walaupun dia tidak bermain sejak menarik diri daripada Terbuka Pan Pacific di Tokyo September lalu.

Osaka mengharungi cabaran sukar pada grand slam 2022, tewas pada pusingan pertama di kedua-dua Terbuka Perancis dan Terbuka AS, manakala dia terkeluar pada pusingan ketiga Terbuka Australia tahun lalu dan tidak bertanding di Wimbledon kerana kecederaan Achilles.

Penarikan diri bekas pemain nombor satu dunia itu susulan keputusan pemain pilihan utama lelaki Carlos Alcaraz dan pemenang tujuh kali utama Venus Williams tidak mengambil bahagian atas faktor kecederaan.

Penyandang juara perseorangan wanita, Ash Barty, juga telah bersara berikutan kejayaannya pada Januari tahun lalu.

Osaka kini berada di kedudukan ke-42 dunia dan akan digantikan oleh Dayana Yastremska dalam undian utama.
   

Advertisement

Must Watch Video