Skip to main content

Tenis

Terbuka Australia: Jannik Sinner kukuhkan dominasi dengan tiga gelaran Grand Slam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sinner.jpeg
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Australia selepas menewaskan Alexander Zverev dengan keputusan 6-3, 7-6(4), 6-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Melbourne Park.   

Sinner memulakan aksi dengan rentak cemerlang memenangi set pertama 6-3 hasil daripada corak permainan agresif untuk memberikan amaran awal buat Zverev.

Skrip sama hampir berulang di set kedua tetapi ditambah dengan plot 'tie-break' dengan percubaan daripada kebangkitan Zverev, namun Sinner tampak lebih bijak mematikan aksi di mata 7-6.

Pemain berusia 23 tahun itu mencatatkan jumlah 12 aces berbalas 8, sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan 6-3 untuk memastikan gelaran Grand Slam ketiga terus berada di dalam genggamannya.

 

Zverev yang terpaksa akur pulang dengan kekecewaan bagaimanapun tidak menafikan kehebatan Sinner dan berjanji untuk kembali lebih cemerlang dalam kejohanan akan datang.   

Kemenangan ini menyaksikan era dominasi baharu dalam dunia tenis dengan kejayaan Sinner mengukuhkan statusnya sebagai salah satu pemain tenis terkemuka dunia dan menjadi pemain Itali pertama yang memenangi tiga gelaran Grand Slam.   

Advertisement

Must Watch Video