Pemain pilihan utama dan juara sembilan kali Terbuka Australia itu kembali ke kejohanan berkenaan selepas dua tahun dan memulakannya dengan kemenangan 6-3, 6-4, 6-0 ke atas pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena malam tadi.
Selepas dihalau keluar dari Melbourne tahun lalu berikutan masalah vaksinasi COVID-19, sekali gus terlepas peluang untuk mempertahan gelaran yang dimenanginya sebelum itu, Djokovic kali ini mendapat sambutan hangat di Arena Rod Laver.
"Saya berasa amat dialu-alukan di gelanggang, terutama komuniti Serbia yang besar di Australia ini telah menyambut saya dengan amat luar biasa. Sokongan yang amat besar, penuh dengan kasih sayang," katanya.
Djokovic akan menyertai Nadal selaku pemain lelaki paling banyak memenangi gelaran grand slam sepanjang zaman seandainya dia dapat menjulang kejuaraan ke-10 di Melbourne Park minggu depan.
67 - Novak Djokovic is now 67-2 in Grand Slam First Rounds: he only lost in the opening Round in a Major to Marat Safin at the Australian Open 2005 and Paul Goldstein at the AO 2006. Astonishing.@atptour | #AusOpen2023 #AusOpen pic.twitter.com/EyqhTvX4B1
— OptaAce (@OptaAce) January 17, 2023
Dia juga berkemungkinan masih mampu untuk mengatasi rekod tertinggi milik Margaret Court, yang memenangi 24 gelaran grand slam acara perseorangan.
Ditanya mengenai perkara itu, Djokovic berkata: "Pada akhirnya, ia hanya nombor.
"Saya pernah melalui situasi seperti ini sebelum ini, di mana saya bermain untuk mencipta sejarah yang amat besar dan saya amat bertuah untuk memiliki apa yang saya boleh katakan lebih banyak kejayaan daripada kegagalan dalam setiap situasi itu.
"Saya tahu bagaimana untuk melakukannya, saya tahu bagaimana untuk menguruskannya. Ayuh lihat seberapa jauh saya boleh pergi," katanya.