Skip to main content

Advertisement

Tenis

Terbuka Australia: Djokovic mengamuk sebelum singkir Zverev

novak-djokovic.jpg
Novak Djokovic hilang pertimbangan tetapi enggan melepaskan peluangnya untuk menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Australia apabila menyingkirkan Alexander Zverev untuk ke separuh akhir.

Pemain nombor satu dunia itu menghempaskan raketnya ketika ketinggalan 1-3 dalam set ketiga selepas dia dan Zverev masing-masing memenangi satu daripada dua set pertama dan ia merupakan salah satu daripada momen di mana bintang Serbia itu menunjukkan aksi tidak menentunya sebelum menang 6-7, 6-2, 6-4, 7-6.

Walaupun masih terganggu dengan kecederaan abdomen yang dihadapinya dalam pusingan ketiga, Djokovic tetap meneruskan kemaraannya untuk berdepan pemain Russia daripada pusingan kelayakan, Aslan Karatsev, dalam penentuan untuk ke final.

Zverev, yang mengenakan pengikat kepala berwarna kuning, baju tanpa lengan dan rantai emas berloket bulat, perlu melihat semula beberapa peluang keemasan yang dilepaskannya.

Selain mendahului dalam set ketiga, Zverev juga unggul pada awal set keempat tetapi naib juara Terbuka Amerika Syarikat itu kurang ketenangan untuk meraih mata ketika waktu genting.
 
"Secara emosinya, saya berasa sedikit kepenatan. Kami mengatasi batasan sesama sendiri," kata Djokovic dalam temu bual di atas gelanggangnya.

"Selain set kedua, saya bermula dengan agak buruk dalam tiga set selainnya. Saya kehilangan servis terlalu awal dalam set pertama, ketiga dan keempat dan membenarkannya untuk lebih memukul bola tetapi saya kembali mendapatkan fokus saya.

"Saya memusnahkan raket saya dan segalanya berubah menjadi sedikit lebih ke arah positif buat saya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video