Amanda Anisimova menjadi pemain tenis termuda Amerika Syarikat melangkah ke pusingan 16 grand slam sejak 1998 selepas mengejutkan pilihan ke-11, Aryna Sabalenka, dalam saingan Terbuka Australia.
Legenda AS, Serena Williams, melangkah ke pusingan keempat ketika berusia 16 tahun dalam saingan Terbuka Perancis,
Dalam aksi yang berlangsung hari ini, pemain berusia 17 tahun, Anisimova, mengikut jejak langkah pemenang grand slam 23 kali itu dengan mengecewakan Sabalenka 6-3, 6-2 di Melbourne.
Anisimova -- pemain milenia (dilahirkan pada tahun 2000 ke atas) pertama yang mara ke pusingan 16 dalam kejohanan utama -- turut menjadi wakil AS pertama untuk melangkah ke pusingan 16 di Melbourne Park sejak Jennifer Capriati pada 1993.
Kemenangan tersebut menyaksikan pemain ke-87 dunia itu menjadi pemain wanita termuda ke pusingan 16 sejak Tamira Paszek pada 2007, dan termuda dalam Terbuka Australia sejak Nicole Vaidisova pada 2006.
"Ini merupakan sesuatu yang menakjubkan. Saya tidak percaya apa yang sedang berlaku," kata Anisimova.
"Saya menjangkakan perlawanan yang sukar, Sabalenka merupakan lawan yang sangat bagus, jadi saya tidak percaya berjaya melepasi pusingan ini," katanya.